Berangkat ke Flag Raising Ceremony





Oleh : Muhammad Khairulanwar Ali Rahman / Foto : Ihsan Urus Setia Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan SEA Ke-33





BANGKOK, Thailand, Isnin, 8 Disember. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, SEA Games Federation Honorary Life President dan Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Flag Raising Ceremony yang berlangsung di pekarangan Indoor Stadium Huamark, Bangkok, Thailand.


Acara dimulakan dengan menaikkan bendera setiap negara yang dimulakan dengan bendera Negara Brunei Darussalam (NBD), Kemboja, Republik Indonesia, Republik Demokratik Rakyat Lao, Malaysia, Republik Kesatuan Myanmar, Republik Filipina, Republik Singapura, Republik Demokratik Timor-Leste, Republik Sosialis Viet Nam dan negara tuan rumah, Thailand.


Pada acara tersebut, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan menerima cenderahati daripada Deputy Governor Sports Authority Thailand, Dr. Meechai Inwood.


Kontinjen negara disertai oleh seramai 23 orang terdiri daripada atlet Karate, Taekwondo dan pegawai, jurulatih yang diketuai oleh Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim selaku Chef de Mission.


Close